Monday, May 16, 2011

Proforma dan Sinopsis Topik TMK dlm Pendidikan


Proforma TM1311D :
Kemahiran Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)

Nama Kursus
Kemahiran Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)
Kod Kursus
TM1311D
Status Kursus
Wajib
Peringkat
Kursus Persediaan PPISMP
Kredit
3 (2+1)
Jam Interaksi
60 jam
Prasyarat
Calon mestilah memenuhi syarat-syarat pengambilan yang telah ditetapkan oleh pihak Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. Semua calon yang layak adalah tertakluk kepada keperluan untuk mengikuti sukatan pelajaran ini sehingga selesai seperti yang dikehendaki dalam sukatan
Tenaga Pengajar
Pn. Zuraida bt. Yusof
En. Mohd. Maznihan b. Mohamad Noor

Semester Diajar
Satu
Sinopsis
Pendidikan hari ini dirancang bagi menyediakan manusia untuk hidup dalam masyarakat di hari esok. Perkembangan teknologi komputer dan teknologi komunikasi telah merangsang ledakan maklumat yang melanda kehidupan manusia kini. Sukatan Pelajaran Kemahiran Generik – Kemahiran Teknologi Maklumat Dan Komunikasi yang diletakkan dalam komponen teras digubal supaya pelajar Kursus Persediaan Bagi Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah memperoleh pengetahuan dan menguasai kemahiran memilih dan menggunakan perkakasan dan perisian Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Pengetahuan dan kemahiran tersebut diharapkan dapat membantu proses pembelajaran mereka di peringkat ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah nanti
Sukatan Pelajaran ini bermatlamat untuk melahirkan pelajar yang mahir menggunakan perkakasan dan perisian Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan boleh mengaplikasikan kemahiran tersebut sebagai pemangkin kepada proses pembelajaran yang berkesan dan berkualiti.
Penilaian
60% - Projek Individu 
40% - Tugasan/Kuiz/Pembentangan/Amali           
Hasil Pembelajaran
Sukatan Pelajaran Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi digubal untuk membolehkan pelajar

i.          mengikuti perkembangan teknologi komputer, penggunaandan impaknya dalam masyarakat;
ii.         menguasai kemahiran mengenal pasti, memilih dan menggunakan perkakasan dan perisian Teknologi Maklumat dan Komunikasi untuk menyelesaikan masalah;
iii.         mengaplikasi literasi maklumat ke atas sumber digital untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran.
iv.         menggunakan teknologi internet untuk berkomunikasi dan melaksanakan pembelajaran dalam talian.

BAHAGIAN I :
PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
Rangka Kursus
Perkara
Nota
1
Pengenalan Kepada Teknologi Maklumat dan Komunikasi
1.1.  Perkembangan Komputer
1.2.  Impak Teknologi Maklumat Dan Komunikasi    Kepada Masyarakat
1.3.  Keselamatan Dan Etika Dalam Penggunaan Komputer

2
Asas Sistem Komputer
2.1  Pengkelasan Komputer
2.2  Sistem Komputer
2.3  Sistem Operasi Komputer
2.4  Pengurusan Folder Dan Fail

3
Aplikasi Perisian
3.1  Perisian Utiliti
3.2  Perisian Pemproses
3.3  Perkataan Perisian Hamparan Kerja
3.4  Perisian Persembahan Elektronik
3.5  Perisian Pangkalan Data


4
Asas Rangkaian Dan Internet
4.1   Asas Rangkaian Komputer
4.2  Internet



BAHAGIAN II :
PENGAPLIKASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENDIDIKAN
Rangka Kursus
Perkara
Nota
5
Literasi Maklumat
5.1   Pengenalan Kepada Literasi Maklumat
5.2  Kemahiran Mengesan  Maklumat

6
Asas Multimedia
6.1   Pengenalan Kepada Literasi Maklumat
6.2   Pembangunan Aplikasi Multimedia
6.3   Integrasi Elemen-elemen Multimedia

7
Sistem Pengurusan Pembelajaran
7.1   Sistem Pengurusan Pembelajaran


Rujukan Asas
Shelly, G.B, Cashman T.J. et. al. (2006). Discovering computers 2007. USA: ITP Company.

Capron, H.L. (2000). Computers: tools for an information age (6th edition). New Jersey: Prentice Hall

Stephen McGloughlin. (2001). Multimedia: concepts and practice. New Jersey : Prentice Hall



------------***---------
Sinopsis Kursus

1.0 Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pendidikan

Didalam tajuk ini ia lebih banyak menyentuh tentang sejarah pengkomputeran di awal-awal penghasilannya, daripada tiada gambaran secara jelas sehinggalah pengkomputeran moden sekarang ini, Perkembangan komputer yang melalui 5 zaman di perbincangkan, di dalamnya disentuh sumbangan-sumbangan yang di kemukakan dalam bentuk teori, idea-idea dan bentuk fizikal seperti mesin-mesin kecil yang secara tidak langsung memberi sumbangan yang besar di dalam pengkomouteran ini, Pelajar di minta untuk meneliti bagi setiap peristiwa yang berlaku dimana evolusi yang besar ini bermula dari cebisan idea yang biasa pada mulanya

2.0 Asas Sistem Komputer

Perbincangan di dalam topik ini adalah sedikit mendalam keatas komputer itu sendiri, terdapat 4 sub topik yang akan diutarakan, iaitu :Pengkelasan komputer, Sistem Komputer, Sistem Operasi Komputer dan Pengurusan folder, di dalam topik ini untuk memberi gambaran komputer itu ada pelbagai jenis mengikut saiz, kekuatan dan kegunaan masing-masing yang menggunakan enjin pengerak yang berlainan mengikut kefahaman penciptanya, pelajar boleh membuat satu pentakulan kepada apa yang berlaku kepada komputer merujuk kepada kelebihan dan kelemahan satu-satu penciptaan itu.

3.0 Aplikasi Perisian
Beberapa perisaian berkatan dengan kerja-kerja pengurusan perguruan. Bagi kerja-kerja penulisan penggunaan perisan Pemprosesan perkataan akan diajar. Penggunaan pengiraan dengan formula, Hamparan Elektronik digunakan, bagi kerja-kerja penyampaian maklumat melalaui persembahan multimedia Perisian Persembahan Elektronik akan di praktikan. Perkara yan gberkaitan dengan data ,pengurusan pangkalan data akan di ajar secara asas. Fitur-fitur utama bagi penggunaan semua perisian diatas akan di perkenalkan.Semua perisian product Microsoft akan di gunakan bagi . SEdikit perihal Utiliti diberikan bagi membolehkan pelajar memahami tentang program kecil yang membantu perisian utama menjalankan kerja

4.0 Asas Rangkaian dan Internet

Topic ini bagi tujuan pendedahan awal kepada bentuk-bentuk rangklaian yang di gunakan, ini memandangkan semua computer dan penggunaan internet sudah menjadi satu pengetauan standard manusia, selain di perkenalkan jenis=jenis sambungan yan gdigunakan, beberapa tip tentang pencarian di internet dan jenis-jenis perkhidmatan internet akan di diedahkan


5.0 Literasi Maklumat

Pengetahuan tentang pengetahuan sebelum seseorang itu memulakan pencarian maklumat, Kemahiran berpustakaan dan kemahiran lain akan di dedah dan di amalkan oleh pelajar supaya ia membentuk satu keupayaan untuk mengakses dan menilai maklumat dengan berkesan bagi menyelesaikan sesuatu masalah serta membuat keputusan. Literasi maklumat bagi pencarian mengikut tertip yang tersusun merupakan konsep penting yang perlu diambil berat terutama bila meggakses maklumat samada secara manual atau berkomputer.

6.0 Asas Multimedia

Bagi persembahan elektronik ataupun penggunaan teknologi web bagi meyampaikan sesuatu maklumat beberapa asas multimedia seperti teks, grafik, animasi, audio dan video. Fitur dan cirri-ciri standart yang perlu ada bagi menyusun rekaletak objek, ( Prinsip CASPER) gabungan warna-warna yang sesuai, menggunakan animasi dan yang lainnya. Pengajaran asas membuat bahan multimedia yang bersesuaian dengan menggunakan perisian asas seperti paint, perakam suara pada utility window dan lain-lain.